MUQADDIMAH PAFA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pembelajaran secara online merupakan medium yang sangat popular ketika ini. Tidak terbatas hanya dengan buku teks, internet juga merupakan rujukan utama yang sangat penting. Murid dapat mengakses maklumat di mana sahaja dihujung jari.
Oleh yang demikian, blog ini diwujudkan untuk membantu murid-murid belajar PAFA secara online. Blog ini juga memuatkan video rujukan untuk memudahkan murid-murid memahami setiap topik fardhu ain yang diutarakan. Selamat belajar PAFA secara online kepada semua.

MUAT TURUN BAHAN PAFA

Saturday, January 28, 2012

KOD 05


MEMBERSIHKAN ANGGOTA BADAN, PAKAIAN, DAN TEMPAT DARIPADA NAJIS.



SOALAN: Kain ini terkena najis Mukhaffafah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya.
JAWAPAN

Percikkan air Mutlak di kawasan yang terkena najis, kemudian keringkan.


SOALAN: Kaki anda terkena najis Mutawasitah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya.
JAWAPAN

1. Bersihkan najis dari tempatnya.
2. Siram dan gosok sehingga hilang bau, warna,dan rasanya.
3. Bilas dengan air Mutlak dan keringkan.





SOALAN: Di lantai ini terdapat najis Mghallazah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya.
JAWAPAN


1. Bersihkan najis dari tempatnya.
2. Siram sekali dengan air yang bercampur tanah.
3. Gosokkan dengan sabun sehingga hilang warna, bau, dan rasa.
4. Siram enam kali dengan air Mutlak.


No comments:

Post a Comment