Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pembelajaran secara online merupakan medium yang sangat popular ketika ini. Tidak terbatas hanya dengan buku teks, internet juga merupakan rujukan utama yang sangat penting. Murid dapat mengakses maklumat di mana sahaja dihujung jari.
Oleh yang demikian, blog ini diwujudkan untuk membantu murid-murid belajar PAFA secara online. Blog ini juga memuatkan video rujukan untuk memudahkan murid-murid memahami setiap topik fardhu ain yang diutarakan. Selamat belajar PAFA secara online kepada semua.
Rukun Iman enam perkara:
a. Beriman kepada Allah.
b. Beriman kepada Malaikat.
c. Beriman kepada Kitab.
d. Beriman kepada Rasul.
e. Beriman kepada Hari Akhirat.
f. Beriman kepada Qada dan Qadar.
SOALAN:
Bagaimana anda beriman kepada Allah S.W.T.
JAWAPAN
Mengaku
bahawa allah S.W.T. ada, dan melaksanakan perintahNya dengan sempurna.
MEMBERSIHKAN ANGGOTA
BADAN, PAKAIAN, DAN TEMPAT DARIPADA NAJIS.
SOALAN: Kain ini terkena najis Mukhaffafah. Terangkan
dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya.
JAWAPAN
Percikkan air Mutlak di kawasan yang terkena najis,
kemudian keringkan.
SOALAN: Kaki anda terkena najis Mutawasitah. Terangkan
dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya. JAWAPAN
1.
Bersihkan najis dari tempatnya.
2. Siram dan gosok sehingga hilang bau, warna,dan rasanya.
3. Bilas dengan air Mutlak dan keringkan.
SOALAN: Di lantai ini terdapat najis Mghallazah. Terangkan
dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya.
JAWAPAN
1.
Bersihkan najis dari tempatnya.
2. Siram sekali dengan air yang bercampur tanah.
3. Gosokkan dengan sabun sehingga hilang warna, bau, dan rasa.
4. Siram enam kali dengan air Mutlak.
SOALAN:
Tunjukkan cara berwuduk dengan betul dan sempurna.
JAWAPAN :
1. Membaca Bismillahir Rahmanir Rahim.
2. Membasuh kedua-dua tangan
hingga ke pergelangan tangan 3X.
3. Berkumur-kumur 3X.
4. Memasukkan air ke dalam hidung,
kemudian mengeluarkannya 3X.
5. Menyebut lafaz niat wuduk :
* Sambil membasuh muka 3 kali
6.
Membasuh tangan kanan hingga ke
siku 3X.
7. Membasuh tangan kiri hingga ke
siku 3X.
8. Menyapu sebahagian kepala atau
ubun-ubun 3X.
9. Menyapu kedua-dua telinga
dengan air 3X.
10. Membasuh kaki kanan dan kaki kiri hingga ke buku lali 3X.
SOALAN: Nyatakan sebab-sebab yang mewajibkan mandi. JAWAPAN
Sebab-sebab yang mewajibkan mandi.
1.Keluar mani
2.Haid
3. Janabah (bersetubuh)
4.Wiladah
5.Nifas
6. Mati , selain mati syahid
SOALAN: Terangkan cara mandi wajib yang betul dan
sempurna. JAWAPAN
1. Bersihkan
badan dari segala kekotoran. 2. Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air
sampai ke kulit anggota badan
3. Ambil
wuduk.
4. Siramkan air ke atas kepala sambil membaca niat
6. Jiruskan air ke
anggota badan sebelah kanan 3X dan sebelah kiri 3X. 7.
Ratakan air ke seluruh badan. Selatkan rambut, janggut, dan semua bulu
supaya air
sampai ke kulit. Ratakan juga air ke tempat lipatan-lipatan dan
celah anggota
badan yang zahir seperti telinga, hidung, mata, ketiak,
pusat, selah
paha, qubul dan dubur dalam keadaan mencangkung.
8. Jika air tidak rata dengan 3 jirusan seperti di atas, maka hendaklah
ditambah lagi
jirusan sehingga air rata ke seluruh anggota badan. Semasa
meratakan air,
hendaklah dijaga supaya tangannya tidak menyentuh qubul
dan dubur tanpa
lapik yang menyebabkan wuduknya batal.