MUQADDIMAH PAFA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pembelajaran secara online merupakan medium yang sangat popular ketika ini. Tidak terbatas hanya dengan buku teks, internet juga merupakan rujukan utama yang sangat penting. Murid dapat mengakses maklumat di mana sahaja dihujung jari.
Oleh yang demikian, blog ini diwujudkan untuk membantu murid-murid belajar PAFA secara online. Blog ini juga memuatkan video rujukan untuk memudahkan murid-murid memahami setiap topik fardhu ain yang diutarakan. Selamat belajar PAFA secara online kepada semua.

MUAT TURUN BAHAN PAFA

Saturday, January 28, 2012

KOD 01

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH

SOALAN: Sebutkan Dua Kalimah Syahadah dengan sempurna.
JAWAPAN






SOALAN: Nyatakan erti Dua Kalimah Syahadah.
JAWAPAN


Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah

KOD 02

RUKUN ISLAM.

SOALAN: Sebutkan Rukun Islam satu persatu.
JAWAPAN


Rukun Islam lima perkara: 

a. Mengucap Dua Kalimah Syahadah.

b. Menunaikan Solat Lima Waktu sehari semalam.

c. Mengeluarkan Zakat.

d. Berpuasa di Bulan Ramadhan.

e. Menunaikan Haji bagi yang berkuasa.

KOD 03

RUKUN IMAN.

SOALAN: Sebutkan Rukun Iman satu persatu.
JAWAPAN

Rukun Iman enam perkara:
a. Beriman kepada Allah.


b. Beriman kepada Malaikat.


c. Beriman kepada Kitab.


d. Beriman kepada Rasul.


e. Beriman kepada Hari Akhirat.


f. Beriman kepada Qada dan Qadar.

SOALAN: Bagaimana anda beriman kepada Allah S.W.T.
JAWAPAN

Mengaku bahawa allah S.W.T. ada, dan melaksanakan perintahNya dengan sempurna.

KOD 04

BERISTINJAK.

SOALAN: Terangkan bagaimana cara beristinjak dengan menggunakan batu.
JAWAPAN

Menyapu qubul dan dubur dengan menggunakan batu sekurang-kurangnya tiga biji batu atau bahan yang kesat sehingga diyakini bersih.


SOALAN: Terangkan bagaimana cara beristinjak dengan air.
JAWAPAN

         Membasuh qubul atau dubur dengan Air Mutlak sehingga diyakini bersih.

KOD 05


MEMBERSIHKAN ANGGOTA BADAN, PAKAIAN, DAN TEMPAT DARIPADA NAJIS.



SOALAN: Kain ini terkena najis Mukhaffafah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya.
JAWAPAN

Percikkan air Mutlak di kawasan yang terkena najis, kemudian keringkan.


SOALAN: Kaki anda terkena najis Mutawasitah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya.
JAWAPAN

1. Bersihkan najis dari tempatnya.
2. Siram dan gosok sehingga hilang bau, warna,dan rasanya.
3. Bilas dengan air Mutlak dan keringkan.





SOALAN: Di lantai ini terdapat najis Mghallazah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya.
JAWAPAN


1. Bersihkan najis dari tempatnya.
2. Siram sekali dengan air yang bercampur tanah.
3. Gosokkan dengan sabun sehingga hilang warna, bau, dan rasa.
4. Siram enam kali dengan air Mutlak.


KOD 06


CARA BERWUDUK.


SOALAN: Tunjukkan cara berwuduk dengan betul dan sempurna.

JAWAPAN :

1.         Membaca Bismillahir Rahmanir Rahim.
2.         Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan 3X.
3.         Berkumur-kumur 3X.
4.         Memasukkan air ke dalam hidung, kemudian mengeluarkannya 3X.
5.         Menyebut lafaz niat wuduk :


* Sambil membasuh muka 3 kali


6.         Membasuh tangan kanan hingga ke siku 3X.


7.         Membasuh tangan kiri hingga ke siku 3X.


 8.         Menyapu sebahagian kepala atau ubun-ubun 3X.


9.         Menyapu kedua-dua telinga dengan air 3X.


10.       Membasuh kaki kanan dan kaki kiri hingga ke buku lali 3X.


11.       Menghadap kiblat dan berdoa:




Friday, January 27, 2012

KOD 08

CARA MANDI WAJIB (HADAS BESAR).  


SOALAN: Nyatakan sebab-sebab yang mewajibkan mandi.
JAWAPAN

Sebab-sebab yang mewajibkan mandi.

1.Keluar mani

2.Haid

3. Janabah (bersetubuh)

4.Wiladah

5.Nifas

6. Mati , selain mati syahid

SOALAN: Terangkan cara mandi wajib yang betul dan sempurna.
JAWAPAN

1. Bersihkan badan dari segala kekotoran.

2. Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke kulit anggota badan


3.
Ambil wuduk.


4. Siramkan air ke atas kepala sambil membaca niat



6. Jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan 3X dan sebelah kiri 3X.

7. Ratakan air ke seluruh badan. Selatkan rambut, janggut, dan semua bulu

    supaya air sampai ke kulit. Ratakan juga air ke tempat lipatan-lipatan dan

    celah anggota badan yang zahir seperti telinga, hidung, mata, ketiak,
    pusat, selah paha, qubul dan dubur dalam keadaan mencangkung.

8. Jika air tidak rata dengan 3 jirusan seperti di atas, maka hendaklah
    ditambah lagi jirusan sehingga air rata ke seluruh anggota badan. Semasa
    meratakan air, hendaklah dijaga supaya tangannya tidak menyentuh qubul
    dan dubur tanpa lapik yang menyebabkan wuduknya batal.




KOD 09

AZAN, IQAMAH, JAWAPAN DAN DOA SELEPAS AZAN/IQAMAH.

SOALAN: (Lelaki) Anda dikehendaki melaksanakan azan dengan betul dan sempurna.
JAWAPAN





SOALAN (Perempuan) Anda dikehendaki menerangkan cara melaksanakan azan dengan betul dan Sempurna.
JAWAPAN


1. Bewuduk (makruh azan tanpa wuduk)
2. Berdiri menghadap Qiblat.
3. Meletakkan jari telunjuk di telinga.
4. Mengalunkan lafaz azan.



SOALAN: Dengar azan dan jawab azan dengan betul dan sempurna.
JAWAPAN



SOALAN: Anda dikehendaki memperdengarkan Iqamah dengan betul dan sempurna.
JAWAPAN




SOALAN: Dengar Iqamah dan jawab dengan betul dan sempurna.
JAWAPAN

Murid dikehendaki menjawab Iqamah secara perlahan satu persatu sehingga akhir. Menjawab iqamah sama seperti menjawab azan kecuali pada kalimah:





SOALAN Anda dikehendaki membaca doa selepas Azan dan Iqamah
JAWAPAN 




Wednesday, January 25, 2012

KOD 10

SOLAT FARDU

SOALAN: Anda dikehendaki memperdengarkan (Tasmi’) bacaan-bacaan berikut:
JAWAPAN
Lafaz niat solat fardu :
Lafaz niat solat subuh:
Ertinya: "sahaja aku solat fardu Subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala"

Lafaz niat solat Zuhur:
Ertinya: "sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat tunai kerana Allah Taala"


Lafaz niat solat Asar:
Ertinya: "sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala"


Lafaz niat solat Maghrib:
Ertinya: "sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala"

Lafaz niat solat Isyak:
Ertinya: "sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat tunai kerana Allah Taala"




Bacaan Takbiratul ihram ialah:

Bacaan Doa Iftitah ialah:

Bacaan Surah al Fatihah ialah:

Bacaan surah (contoh):



Sila klik butan Baca Lagi untuk paparan seterusnya....