Slide Title 1

Aenean quis facilisis massa. Cras justo odio, scelerisque nec dignissim quis, cursus a odio. Duis ut dui vel purus aliquet tristique.

Slide Title 2

Morbi quis tellus eu turpis lacinia pharetra non eget lectus. Vestibulum ante ipsum primis in faucibus orci luctus et ultrices posuere cubilia Curae; Donec.

Slide Title 3

In ornare lacus sit amet est aliquet ac tincidunt tellus semper. Pellentesque habitant morbi tristique senectus et netus et malesuada fames ac turpis egestas.

MUQADDIMAH PAFA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pembelajaran secara online merupakan medium yang sangat popular ketika ini. Tidak terbatas hanya dengan buku teks, internet juga merupakan rujukan utama yang sangat penting. Murid dapat mengakses maklumat di mana sahaja dihujung jari.
Oleh yang demikian, blog ini diwujudkan untuk membantu murid-murid belajar PAFA secara online. Blog ini juga memuatkan video rujukan untuk memudahkan murid-murid memahami setiap topik fardhu ain yang diutarakan. Selamat belajar PAFA secara online kepada semua.

MUAT TURUN BAHAN PAFA

Saturday, January 28, 2012

KOD 01

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH

SOALAN: Sebutkan Dua Kalimah Syahadah dengan sempurna.
JAWAPAN






SOALAN: Nyatakan erti Dua Kalimah Syahadah.
JAWAPAN


Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah

KOD 02

RUKUN ISLAM.

SOALAN: Sebutkan Rukun Islam satu persatu.
JAWAPAN


Rukun Islam lima perkara: 

a. Mengucap Dua Kalimah Syahadah.

b. Menunaikan Solat Lima Waktu sehari semalam.

c. Mengeluarkan Zakat.

d. Berpuasa di Bulan Ramadhan.

e. Menunaikan Haji bagi yang berkuasa.

KOD 03

RUKUN IMAN.

SOALAN: Sebutkan Rukun Iman satu persatu.
JAWAPAN

Rukun Iman enam perkara:
a. Beriman kepada Allah.


b. Beriman kepada Malaikat.


c. Beriman kepada Kitab.


d. Beriman kepada Rasul.


e. Beriman kepada Hari Akhirat.


f. Beriman kepada Qada dan Qadar.

SOALAN: Bagaimana anda beriman kepada Allah S.W.T.
JAWAPAN

Mengaku bahawa allah S.W.T. ada, dan melaksanakan perintahNya dengan sempurna.

KOD 04

BERISTINJAK.

SOALAN: Terangkan bagaimana cara beristinjak dengan menggunakan batu.
JAWAPAN

Menyapu qubul dan dubur dengan menggunakan batu sekurang-kurangnya tiga biji batu atau bahan yang kesat sehingga diyakini bersih.


SOALAN: Terangkan bagaimana cara beristinjak dengan air.
JAWAPAN

         Membasuh qubul atau dubur dengan Air Mutlak sehingga diyakini bersih.